29 October 2011

| Doa Cinta Yang Indah |

Assalamualaikum . Soleha ada satu doa untuk mereka2 yang sedang bercinta . 
Amalkan lah ya . Nie pon soleha dapat dari internet gak . 
Maklumlah . Bosan yang melampau . 
Kerja yang selalu di buat nya layari hadis2 & doa harian kemudian 
bacalah . So skunk nie soleha nak kongsi kan doa nie dekat korang semua ! 
Syahdu sungguh doa ini . ^^



Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah, ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Karena Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah…
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau ridhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu

Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Amin ya Robbal’alamiin


Ha , nie lah doa nya . InsyaAllah Tuhan akan dengar doa hambanya . 
Kita manusia hanya mampu merancang . Tuhan yang menentukan . :)

24 October 2011

Whatever !! :)

Happy Gilerr !! 

Eh , tibe2 jer epy kan . Heheheh . Daa lame soleha tak update blog nie . Soleha nak citer nie . 
Soleha epy giler sebab dapat cuti seminggu . yeyyyy ~~ hari yang soleha nanti2 kan . 
Maklum lah tension dengan clazz jer ari2 . Lagi2 assigment takk ciap ag . 
Aduhhh ~ ! 
Banyak pulak 2 . Tapi tak per , cuti tetap cuti . 
Nak abis kan masa dengan layan facebook jer . Bia campai bosan . 
Nanti masuk study daa tak leh nak layan facebook . 
Sedihh ~ :(

Nanti masuk2 jer daa ada presentation . Lepas presentation nak ciap kan assigment yang len pulak . 
Pas 2 final exam . Susah nye jadi student nie . 
Nie lah pengalaman kannn ~ bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian . 
Nanti kalau daa convo , epy lah sangat2 . 
eh , berangan pulak soleha nie kannn ~ hehehe ! 

Harap anda smua suke dengar cerita soleha nie . bye ~ ! 



16 September 2011

Akhirnya dapat lepaskan rindu !


Tanggal 02/09/2011 pertemuan buat kali ke-2 setelah genap sebulan satu hari kami tidak berjumpa . Akhirnya kami berjumpa juga di Klang . ! Dapatlah kami melepaskan rindu yang sudah sekian lama dipendamkan bersama  . Saat-saat inilah yang kami tunggu kerana sudah lama kami sabar menghadapi dugaan hidup berjauhan . Skemanya ayat soleha nie . Hehe ! 

Perjalanan dari rumah ke tempat pertemuan memanglah agak lama . Dekat satu jam lebih ! Soleha pergi bersama mira (mmber) . ! Tempat pertemuan kami di Jucso Klang (JJ) . Prince juga dari tempat tinggal nye jauh juga , dalam 1 jam lebih gak . Kami berasing sebab soleha duduk Banting dan prince duduk Kuala Selangor . 

1 jam lebih kemudian ! (boleh plak) ^^
Tunggu punya tunggu , ngntuk juga lah . Berjumpalah kami di JJ Klang . Dengan malu + gembira + rindu + terkejut = tak terkate ! kami dapatlah bertemu (sukenye >,<) ! Dah lama2 borak tu , kami pergilah tempat tiket wayang . Itulah destinasi pertama kami . Kami tengok cerita "Hantu Bonceng" . Sebelum tunggu time kami masuk wayang tu , kami semua pergi round satu JJ . Kami pergi masuk kedai popular . Konon nye nak baca buku lah . Tapi memang baca pon . Hehe ! Dah penat baca buku , tetiba pula kami rasa lapar . So kami pergi lah makan . Time makan tu , dia pandang saya , saya pandang dia . Malu3 ! Makan punya makan sampai lupa time masuk panggung daa time nye . So kami pergi lah cepat ! Memang ramai dan sesak sangat . Masuk2 jer daa salah tempat panggung ! no 9 tapi masuk bilik 6 ! Lawak3 ! Tapi akhirnya jumpa gak sebab tanya orang yang jage situ . Masuk2 jer kami terus cari tempat duduk . Serius ! memang gelap , tak nmpk ! Cerita nye pon bermula . . . Memang best cerita nie tapi mula2 kan soleha takut tengok muka hantu tu . Gelak , tutup muka , semua nye ada . haha ! Menyeramkan + kelakar = enjoy ! 

3 jam kemudian ! 3.30 ! 
Kami tak tahu nak pergi mana . Terpinga-pinga jer semuanya . Masing2 tanya soleha nak pergi mana . Poning3 ! Akhirnya kami tawaf satu JJ tu . . Haha ! Macam2 di tengok nya tapi tak lah beli . Just test2 and cuci mata jer ! :) Round punya round , prince pon tanya "keychain yang letak kat handphone tak ada ker ?" soleha cakap ada dan kami pon cari dari tingkat 1-3 ! Best jalan2 satu JJ sambil tu bleh buat peta ! Hahaha ! Kemudian jumpa n then beli dua ..  dannnnnnnnn ..... kat satu kedai nie prince terpikat pula tengok tedy bear . . So prince beli kan tedy bear tu tok soleha ! COMEL nye ....... 

tedy soleha y comel !


 
                                                            
                                                                  keychain fish soleha !


Dah penat sangat kami berjalan . Nie baru cari keychain dah naik turun 2 kali . hadoiii ! Lepas dah jumpa semua barang , soleha pon minta balik sebab nak tido ! serius ! penat gila tapi berbaloi sebab dapat lepaskan rindu !  Masa nak berpisah , sedih sangat2 . Rasa tak nak balik jer ! 

beberapa minit kemudian ! 
Soleha pon balik lah rumah dengan penuh kesedihan . Dalam perjalanan balik hingga dah nak sampai rumah , soleha tidur jer ! hahaha ! Teruk kan Soleha . Nie lah kisah cerita soleha ! 
Ngantuk + Penat + Happy = Enjoy !

29 August 2011

Buka Puasa Bersama Kawan Lama .

Hai . . Assalamualaikum kawan2 semua . .
Soleha ada cerita yang seronok .
Kawan2 mesti tak sabar nak dengar . 
Jom dengar cerita soleha yang tak seberapa hebat nie . ^^

Ha , kawan2 . . 
Semalam 28/08/2011 (ahad) soleha berbuka puasa bersama kawan2 sekola dulu . Nak kate best 2 boleh lah di kate kan best . Yang join buka puasa nie s'rmai 31 orang tak silap . Buka puasa nie di gabung kan dengan 2 kelas iaitu 5SI1 & 5SI2 . . 

Jam 5.30 petang soleha bertolak pergi ker Pantai Morib . Kami naik kereta (soleha , syafiq & syakila) . yang ambik kami abg yana ngn yana . Betapa baik nye yana nie kan . Terima kasih yana ~ ~ ! :) Dalam kete 2 boleh lah di kate kan kecoh . maklum lah , daa lama tak jumpa kott . Betapa rindu nye kat mereka ini . Tak lama kemudian kami pon sampai kat morib . Kami orang first tau yang sampai . Kteorg nie tepati masa . Bkn ape , kiteorg datang awal pon sebab nak booking tempat buka puasa . Ssh juga lah nak tempah mknan ngn tempat . sebab ape tau , kwan2 rmai tak datang lagi . so tak dapat jangke lah berapa orang yang sampai . Takut terkurang dan takut terlebih . So , kiteorg tunggu lah sampai diaorang datang . Sebelum tu , kami sempat snap2 pic . maklum lah , orang batak kannnn ~ hehe



Tepat jam 7 kami semua order makanan . Bila di lihat kawan2 ad lah ramai yang daahh cmpai . Kami memilih makanan pakej rm150 untuk 15 . Tapi ada gak kawan2 len yang tempah sndiri keranan tidak mencukupi . Maklum lah daahh ramai sgt . Tapi kalau makan ramai2 makan sikit pon daahh rasa kenyang kan . Soleha ada lah orang lasat yang dapat makan nasi dalam pakej 150 tu . Sedih tak sedih makan gak . Hahaha . Kiteorg gelak sana sini , borak ntah ape2 . Macam2 lah diaorg nie . Ramai kawan2 kami yang daahh berubah . Lagi2 lelaki ... hamboi ~ ! rambut tak rupa orang . Hahaha 

Lepas daahh abis makan tu kami semua nak balik umah . Time tu pula abang yana ambik lambat , so kiteorang tumpang lah member (akob) suruh bawa pegi Banting . Sebab abang yana kat banting . Lagi pon kawan2 kiteorg nak gi uptown carik baju raye .Nak tunggu kat morib sampai malam takut pula . Daahh lah kiteorg nie pmpuan . Bahaya bha . >,<' dalam perjalanan tu dalam kereta memang kecoh sangat2 lah . Malam tu banting memang jem sangat . Dahhh macam KL pon ada . nak carik parking pon susah . Nasib baik si akob nie pikap bawa kereta . Ada lah gak tempat nak parking . Kemudian kiteorg pegi lah ikut diaorang gi beli barang . Bukan punya lama diaorg pilih baju . ish3 ! daahh macam pmpuan . adusss !! Lepas gi uptown kiteorg gi megah . Barang mhal kott . Hahaha lama lah gak kat dalam megah tu . kami daahhh tengok jam jer . Mane tak nye . daahhh malam bha . 

Dalam kereta 

otw pegi megah 
Kemeriahan kami di Banting memang lah t'sangat lah kecoh . Cam bertahun tak jumpa kawan . Tepat jam 11 malam kami pon pulang ker rumah . Memang seronok berbuka puasa dengan kawan2 kat luar . Alhmdulillah , acara berjalan dengan lancar . . Kami harap dapat berjumpa dengan diaorg lagi . . 









25 August 2011

Cemburu Tanda Sayang , Tapi Jangan Berlebihan !

Hai kawan2 semua . 
Jom terjah fakta di bawah nie . 
Best . Rugi tak baca tau . ^^
Baca bismillah dulu tau . Baru lah menusuk kat kalbu bila baca .
^_^

Dalam sesebuah perhubungan , tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan . Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan . 

Mengikut kajian pakar , hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama . Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan , setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami persaan diri yang sebenarnya .


Tip Cinta

Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain .  Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan yang berakhir lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman .

Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang . Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha . Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan .

Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu . Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada . Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas . Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan ? 
Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelebungi hidup . 

Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk megelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia . 

Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan , lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan . Jika jujur pada pasangan , sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga akhir hayat . 

Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan , sudah pasti kita juga akan setia padanya . Jika sayangkan seseorang , sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati . Jadi , apabila sentiasa mengingati pasangan , amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan . 

Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi , si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain . 

Apapun , jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri . Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu , sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia . 

Jangan sesekali memungkiri janji 
Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apbila ditipu .
Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara yang tepat .
Jika si dia dalam keadaan bermasalah , sentiasa menggembirakannya .
Andai anda jujur , si dia akan setia pada anda .
Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga ingin kebebasan .

Kerinduan & Kesedihan Dalam Diri !!

Assalamualaikum Kawan2 Ku Yang Tersayang Lagi Di Hormati .
Soleha Celoteh Kembali Lagi Nak B'cerita .
Kawan2 Nak Dengar ??

Soleha Mula Kan Cerita Soleha Yer . Tajuk Nye Kerinduan & Kesedihan Dalam Diri . Macam Sedih Jer Cerita Nie . Hehe . . . Jom Kita B'cerita Dengan Soleha . ^^ 

Bermula lah detik2 rindu dalam diri soleha . Soleha rasa rindu sangat dekat seorang hamba Allah yang penyayang nie . Beliau seorang insan yang sangat baik dan b'makna dalam diri soleha . Soleha jadi kan beliau sebagai p'beri semngat , nasihat dan peneman soleha pada setiap masa tak kira pagi , petang , malam malahan tengah malam . Dan lupa juga m'didik soleha untuk menjadi seorang insan yang lebih bagus lagi dari sekarang . Beliau sanggup berkorban tenaga untuk soleha saja . Soleha respek dekat beliau sebagai pakwe soleha . :)) Jangan lah sedih kawan2 . . ^_^  Jom sambung cerita lagi . . Hehehe 

Soleha sedih sangat bila tengok gambar dia , kenang kan masa saat2 berkenalan di kem , dan jasa2 baik dia dekat soleha . Kadang kala boleh membuat kan soleha menangis dan rindu kan dia sangat2 . Soleha juga suka bersendirian dan terperap di bilik saat2 mngenang kan dia . Ya Allah betapa pilu nye hati nie bila dahh lama sangat tak jumpa & berjauhan dengan nye . Tak sanggup rasa nye nak menanggung persaan rindu dan sedih nie . Soleha nak jumpa dia pon , dia jauh nun di sana . So , soleha kena tbah menempuh dugaan yang tuhan beri . Mungkin tuhan mahu menguji soleha . Dia selalu nasihat soleha supaya soleha sabar dan kena tempuh dugaan nie . Tapi soleha tak boleh sebab soleha daa t'lalu rindu kat dia . Sekarang nie , gambar , suara dan mesej dia saja lah yang boleh mngubat sedikit demi sedikit kerinduan dan kesedihan soleha kepada nya . . :'(

Soleha berharap agar dapat berjumpa dengan beliau satu hari nanti . . insyaAllah . . 
"princess rindu kan prince sangat2 . princess nak jumpa prince . . :'(" 

Beliau yang berada di fikiran ku sekarang nie .
Miss u so much .
U are my lovely heart . :(

21 August 2011

Tentang Diri Ku . . Termaktub di Sini . !

Bismillahirrahmanirrahim . 
Test 1 , 2 , 3 .. ehem ! Assalamualaikum .. 
Hehe . . ^_^

Hai3 . . Selamat pagi . . dan salam satu malysia !! :) 
Soleha nak cerita sal family soleha nie . Kawan2 nak dengar tak ?? Nak atw tak nak , kawan2 dengar jer lah erhh . . Mesti kawan2 seronok punye . Al maklum lah , TENTANG FAMILY atw pon PENGENALAN KELUARGA soleha kan . . Ok lah soleha nak mula kan cerita nie . 

Nama sebenar soleha ialah Nor Solehah Binti Mohd Shallehuddin . Gelaran yang kawan2 selalu panggil , soleha , dad , soleh . Family dan saudara mara pula kakak leha , soleha , leha dan eha . . Alah dekat2 sama jer tu pnggilan nye . Soleha di lahir kan pada tanggal 10 Julai 1993 bertempat di Hospital Daerah Banting .Tempat asal soleha dekat Kampung Kundang dan sekarang menetap di Banting kerana study dekat sana . Sekarang soleha study di MCS COLLEGE , BANTING . Sebelom nie soleha sekola dekat SMK BATU LAUT . Kawan2 ada cakap yang soleha nie seorang yang pemalu , rajin , sopan santun , lemah lembut , penyayang dan garang . Rasa nye betol ape yang d nilai dgn kawan2 . Soleha masih mempunyai ibu bapa dan 4 orang adik beradik termasuk lah saya . 3 orang lelaki dan 1 perempuan . Sedih nye lah sebab soleha tak der kawan m'lain kan mak yang tersayang . 

Abah & Mak 

Gambar kat atas nie gambar abah dan mak time kawin dulu . Maaf lah tak jelas gambar nye . Nama abah Mohd Shallehuddin Bin Pangilun . Abah asal dari Kampung Kundang . Abah anak yang sulung daripada 10 orang adik beradik . Abah soleha seorang yang tegas , bertanggungjawab , garang , penyayang dan setia pada yang 1 . :) Sebab tu lah mak sayang kat abah . Hehe kadang kala soleha salah orang yang mana abah . sebab ape tau , muka abah dgn pak cik yang len sama . Wat malu jer kann . Mak pon sama gak 2 x 5 dengan soleha . :))) Abah memang baik . Abah sanggup bertungkus lumus bekerja mencari rzeki untuk anak bini . Abah bekerja kampung sahaja . Tak banyak mane pon hasil yang dapat . . Btw abah soleha mentor soleha ! Nak citer sal mak pula . Nama mak Zuraini Binti Ahmad . Dulu mak asal dari Klang tapi sekarang asal Kanchong Darat kerana ikut keluarga angkat . Mak seorang wanita yang mithali , baik hati , bertanggungjawab , garang , sporting (kadang2 jer) :) , peramah & rajin . Mak sayang sangat2 kat abah . Sebab tu lah abah pilih mak jadi isteri nye . Tapi soleha suka tengok mak wt keje . sebab ape tau , mak wt keje cepat jer . Kalau soleha wt dengan penuh prihatin . Nak ikut cara mak pon susah . Keistimewaan mak nie ape tau . Mak nie pandai masak ape2 jenis mkanan . Lagi2 kuih . Perh !!! sedap bha . . Nie yang sayang kat mak . :) Mak seorang suri rumah . Mak tak penah letih melayan kerenah anak2 nye yang manje . :) Soleha bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang memahami anak2 nya . 

Razi & Soleha 
Gambar nie soleha dengan abg soleha . Nama abg Fakhrurrazi Bin Mohd Shallehuddin . Nama gelaran yang kawan2 panggil Razi dan kat rumah panggil abang farul atw farul . Abang ank sulung dan umur nye sekarang 20 Tahun . Sekarang abang study dekat GIAT MARA SEPANG . Abang soleha seorang yang sporting (kadang2 jer) , tegas , dan pemalu . :p Soleha kadang2 rapat dgn abang kadang2 tak . ikut mood dia gak lah . Time mood dia ok memang best lah . Boleh citer masalah dengan dia dan borak2 kosong . Yang sebelah abang tu soleha lah . hehe kenal kan . Soleha anak ke 2 . Akak kepada 2 orang adik lelaki . Nanti soleha citer sal 2 orang adik mnje tu pula yer . Jom tengok bawah .... ^_-

Yusuf & Rafe'e 
Nie pula gambar adik first soleha dan yang terakhir . Yang pakai spek tu nama dia Yusuf Bin Mohd Shallehuddin . Pendek jer name nye bia senang nak pnggil . Kawan2 atw kat umah panggil dia Usop . Yusuf nie ank ke 3 dari 4 orang adk beradik . Umur dia sekarang 13 Tahun dan sekola di SAM UNWANUS SA'ADAH , KANCHONG DARAT . Yusuf nie seorang yang garang , pemalas , rajin (ikut time) , dan manje (kalah adk dia) . Yusuf nie ramai peminat tau sebab dia nie ada lesung pipit . :DD Yang sebelah Yusuf , nama dia Muhd Rafe'e Bin Mohd Shallehuddin . Nama gelaran dia kat umah dan di sekola ialah Pie . Rafe'e nie anak bongsu . Memang anak mnje lah dalam family . Apa yang dia nak kadang2 dapat jer . Tapi soleha kadang2 manje kan dia gak . Sebab pie nie seorang yang sporting , rajin , manje , dan baik hati (kdg2 jer) . :) Sekarang umur rafe'e 11 Tahun dan bersekolah di SK TANJUNG SEPAT . Kadang2 perngai pie nie menjengkel kan . Mengade2 pon ada . Geram tengok dia .Ada masa2 nye dy ok dan ta ok . . . Btw memng best dapat adk 2 orang nie . Tak nakal sgt . :)) Dengar cakap lah juga . 

Ha , selesai sudah cerita tentang family soleha . Best tak kawan2 .?? Harap kawan2 terhibur dan dapt mengenali family soleha dari sini . Cerita celoteh soleha nie panjang kan . Hope u all like . :)) luv u all . ^^







Hari Bermakna Dalam Hidup . .

Hai kawan2 . Assalamualaikum & selamat pagi . .
Kita bersua kembali .. ^^
wink wink !!

Soleha nak celoteh lagi lah dgn kawan2 . Tak abis2 cerita soleha nie kan . hik3 mcm orang byk b'cakap pula . Sebenar nye tak pon . Cume ada jer bnde nak kongsi dgn kawan2 semua . Hari nie soleha nak cerita ape yg b'laku kat soleha time birthday . :) 2 adalah hari b'makna soleha . Mana tak nye , tahun nie d sambut dekat kem dgn kawan2 yang ramai . bukan kawan jer , pakwe ngn cikgu2 pon ada . ^_^

Dengar tau kawan2 . 
Mula2 cerita nye bermula cam nie . . . :)

Tanggal 10 Julai 2011 jam 12.00 a.m . . Bertempat di Kem PLKN Beranang .

Time tu soleha tgh men mesej dgn org yang t'sayang . Seronok lah sebab tiap malam kat kem dia teman soleha jer . Time soleha men mesej tu , soleha ada nampak kawan soleha jalan ker sana ker mari . Pelik gak sebab kawan soleha tak pena pon wat cm tu time malam2 . Selalu nye tu keje soleha lah sebab soleha suka kacau orang kalau tak leh tido . hehehe tiba-tiba .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. "happy birthday to u , happy birthday to u , happy birthday to u soleha , happy birthday to u ...."  dia orang ramai serbu kat katil soleha dan nynyi kan lagu tu . Terkejut dan terharu sampai tak terkate . Dia orang ape lagi , peluk lah soleha . :) Soleha igt dia orang semua dah tido , rupe2 nye smua nye tipu2 belaka . terkena sudah !!! :DD

Tak lama kemudian , soleha ada terdengar lagi suare . Suare tu mcm cikgu Ya (cikgu Dorm A) pon ada tapi tak pasti lah . Soleha syak cikgu sebab ada orang ketuk pintu . Tak mustahil lah kan pelatih nak ketuk pintu kul 12 malam . M'lain kan .................. hahahahaha tak der lah . Gurauan semate2 . ^_- Tiba - tiba ............... tiba2 lagi . ape lah soleha nie . :D "cikgu , katil dia bukan kat belakang . dia dah pindah dok katil kat tempat cikgu berdiri tu" . Cikgu Ya serbu soleha kat katil dan baling bedak ... warrrgghhhh !! daahh macam org bergusti dgn cikgu kat ats katil . Nasib bek lah bedak bkn tepong . Wangi lah cikit soleha time malam tuu . wakakaka kawan2 semua daahhhhh gelak kan jer .Adoiiii ~ ganas betol cikgu dorm soleha nie . hik3 .

Sepanjang perjalanan di kem satu ari tu , ada lah segelintir kawan2 soleha yang wish soleha . Alhmdulillah dan bersyukur kerana mereka mengingati ari bermakna soleha nie . Tak lupa juga kpd org t'sayang , mak yg t'cinta , bff yg pling giler2 syakila , dan len2 lagi yang wish melalui mesej . :) 

Jam 6.30 petang . . . 

Sebelom jam 6.30 tu soleha ada tido kat dewan makan sebab dahh kepenatan sgt2 . Tepat jam 6.30 adalah masa tuk pelatih semua makan malam . Epah pon kejut kan lah soleha . Soleha tak makan pon sebab soleha nak sambung tido kat meja makan . Soleha ape lagi tido lah kat situ dengan tenang dan aman nye . . Suddenly  ............. hahahaha "happy birthday to u 2x , happy birtday to 2 soleha , happy birthday to u . . Allah selamat kan kamu 2x , Allah selamat kan soleha , Allah selamat kan kamu . . " dengan terkejut dan soleha bangon dari tido nampak semua wirawati Dorm A dan segelintir wira Dorm A termasuk my prince yang tersayang datang m'bawa kek . Ya Allah , dengan baru bangon tido nye , segan nye lagi , tak terkate soleha di buat nye . . Nak menangis pon ada tau sebab terkejut sangat2 . Sekali 2 kek di bawa nye . satu dari my prince :) dan lagi satu dari kawan2 Dorm A wirawati . :) Sayang nye kat dia orang . :) kemudian , cikgu Ya dan cikgu2 yang len datang wish soleha .Lepas 2 dia org pon suruh soleha potong kek . Malu bha smua kawan2 kem pandang . amirul ketua dr Dorm A wira bg satu hadiah . hadiah tu dari my prince gak tapi kawan dia yang tolong bagi kan soh bukak kat situ gak . . Soleha pon bukak lah . Dengan m'gigil tangan nye , dgn bungkusan kertas yg b'lapis2 . . . aduhhhhh ! penat soleha m'buka nye . Tuk bungkusan yang terakhir soleha ada nampak cincin . Soleha ape lagi , pandang lah my prince dgn muke t'kejut dan ketakutan . nak tau knp ?? meh soleha cter ckit . ckit jer tau jgn byk2 . 

al kisah bermula begini . . . .
Sebelom birthday soleha , my prince daa bg cincin tu . Pesanan dia ape tau "jage cincin tu baik2 . jangan sampai ilang . 2 cincin kesayangan b . Daa lame b jage cincin tu . tu kalau ilang , ta tau lah nak cakap ape ." Soleha ape lagi , jage lah elok2 . . 

Ha , sebab tu lah soleha t'kejut . Sape bha yg ambik cincin soleha kat loker . Soleha pndang my prince dia daahh diam ngn geleng jer . Takut sudah !! Sempat lagi soleha cakap "sapa yang rompak loker aku" . Smua tak nak mengaku dan kami terus kan sambut birthday tu . Kawan semua suap kek , calit kan kek tu kat muka soleha . Hadoiii ~ kenangan btol . Yang best nye , my prince suap buah ceri kat soleha . so swettt ~~ epy sangat time tu sebab kawan2 semua sambut . 

Di kesempatan ini , soleha nak ucap kan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dk Siti Rohanna , Nur Khanifah , Nur Syafiqah Izzati , Amirul Idham , dan tak lupa juga kepada my prince Muhamad Rusdi kerana dah merancang sambutan birthday nie . Tak lupa lagi kepada cikgu Dorm soleha , Cikgu Fareha Yusrina terima kasih byk2 . Soleha tak kan lupa kan kenangan yang manis nie . Terima kasih juga kpd smua kawan2 yang dah bekerjasama ats sambutan dan wish kat soleha terutama sekali warga Dorm A wirawati . 

Soleha bersyukur kerana tuhan daahh memberi soleha peluang untuk meneruskan liku2 kehidupan di dunia nie . Sekarang genap lah 18 Tahun soleha berada di dunia ini . Soleha kena matang apabila melakukan sesuatu perkara . Soleha sayang kat semua kawan2 soleha . :)


Ha kawan2 ! jangan lah sedih2 . hehehe nie lah cerita soleha . Best tak kawan2 semua . :)) Soleha harap kawan2 semua suke baca cerita yang tak seberapa nie . enjoy my story ~~ ! 


Gambar di bawah ini untuk cuci mate kawan2 semua . :))

Cincin idaman ! ahakz !


contoh kek . ermmm sedap nye . 








Cerita di PLKN ..

Assalamualaikum . . ada orang tak nie . . :)

Soleha nak tunjuk gambar soleha di PLKN dan cerita sedikit demi sedikit tentng gambar tu .Best pegi PLKN . Mula2 memang lah rasa tak nak pegi PLKN . Bila dah lama2 kat sana , seronok dan gerenti lah tak nak balik umah . Sebab ape tau , aktiviti kat kem memang best . Lagi satu , kite leh jumpa ramai kawan . Lagi2 yang dr Sabah & Sarawak . Bukan senang nak jumpa kawan dr Sabah & Sarawak .Rugi sapa yang tak dapat PLKN . Siapa yang dapat PLKN tuk kump 3 pegi lah yer . Jangan di tangguh tau ! ^_-

Gambar 1 


Yang nie gambar kawan bek soleha kat kem . Suka duka pahit manis kami bersama . Yang dr kiri tu Amira Syazalyna . Dia telah ditangguh kan sebab nak sambung belajar . Memang sedih lah rasa nye . Baru 2 minggu kat kem daa kena tangguh . Pada mula nye dia seorang penghulu wirawati di kem . Dia seorang yg bertanggungjawab ,  bdk paling lambat dan ssh nak bngon tdo . :) Yang sebelah mira tu pula Nur Khanifah  . Epah seorang yang muslimah . Dia seorang ketua kerohanian di kem soleha . Beliau seorang yang bertanggungjawab , rajin , dan baik hati . Tapi dia nie gile2 ckit orang nye . Yang sebelah epah pula Ruzlin Raihan nama nye . Dia pon kena tangguh gak sebab nak sambung belajar . Betapa sedih nye soleha sebab soleha rapat sgt2 dgn lynn . Soleha tak dapat terima bila dapat tau yang dia kena tangguh . :( Tinggal lah soleha dan epah . Kemudian kami jumpa kawan yang boleh jadi geng kita orang iaitu Dk Siti Rohanna dan Nur Syafiqah Izzati . :)

 kiri DK kanan PYY . 
Dk nie seorang yang baik , manje , sporting dan cepat merajuk . :) Kami semua suka kacau dia sebab dia takut dengan serangga . :) Yang paling suka kacau dia ialah pikacu @ pyy . Dia dari Kota Kinabalu Sabah . Pyy nie plak seorang yang gile2 dan nakal bdk nye . Dia suka buli org . ish ! hehehe tp dia memang best lah kawan dgn dia . dia pon bdk yang ssh nak bngon tdo . :p




Yang nie pula gambar time kite orang nak pegi class . Kteorang sempat lagi nak pozing2 nie . Nie ialah pelatih wirawati Dorm A . Kawan2 soleha yang kat Dorm A semua nye baik2 , sporting , nakal , kecoh dan sebagai nye . Kiteorang nie byk men dr bljar . Kte orang nie pon tak sama clazz . Sedih bha . Wlaupon tak sama clazz , kite orang tetap b'sama . Kalau kawan2 nak tau , clazz nie memang best . Kita dpt kenal diri kita , negara dan sebgai nya . Clazz nie d buat untuk m'beri keyakinan kepada diri kita sebelum melakukan aktiviti2 yang lasak . Byk lah aktiviti dekat dlm clazz & mmg best .
aktiviti dalam class .

bersiap untuk ker surau . 
Lawatan ker putrajaya .


Nie adalah masa practice untuk menembak . Memang takut sangat lah bila practice . Muka soleha pucat , tangan menggigil dan kaki macam tak pijak bumi pula . Betapa tkt nye soleha nak pegang senjata m16 . Memang berat lah nak pegang , sampai tangan pon jadi lenguh . Esok nye nak g lapangan sasar memang ketakutan jer lah . Pandang sana , pandang sini . Dah tak tentu hal jadi nye . Time turn soleha tu , memang tawakal lah . Bila dahh mula di suruh tembak , memang kuat bunyi nye . Tak tau kena sasaran ker tak . Bila di bagi keputusan , memang tak kena sasaran langsung . Mane tak nye , tangan mengigil pas 2 rase nak menangis pon ad . adusss !!!! Bila dah selesai tu rasa lega lah . :)

Betapa gembira nye bila daah selesai menembak . tu lah sempat pozing . smart ta ? Bakal jadi askar nie . :)


Selepas menembak , kami ada aktiviti flying fock dan repailing . Aktiviti nie memang mencabar diri ku . Pada mula nye memang lah tak nak buat tapi ada pkwe bg semngat dan kwn pon daahh bg semngat . Time tu kompeni alpha kena buat dlu . Adoiii ~ Lemah jantung soleha . Bila naik atas tu pakwe pandang jer .. Malu bha . Kat atas tu tinggi bha dan kaki aku macam tak nak cecah bawah jer . Bila dah start tu aku rasa nak menjerit pon ada . Btw memang best lah . Keesokan hari nye soleha wat repailing pula . Yang nie lagi lah tinggi . Menggigil sudah ! Pakwe bg semnagt bukan men . Bila nek tmpat yang tinggi sgt memang tiba2 gayat lah . Dahh sampai kat ats tu , soleha rasa mcm nak menangis . Cikgu Mail lah yang bg semangat supaya jgn tkt dan jangan pndang bawah . Perhh ! mencbar sngat2 . Bila turun bawah tu memang tkt tak t'kate . Sampai jer bawah soleha nak menangis dan menggigil . Semua pelatih pandng , lagi2 pakwe soleha . Adoii .~ malu3 . Yang reda kan soleha lynn dan rusdi . :)) Rusdi dahh risau time tu . Mana tak nye , mkwe dia nak pucat kott muka nye . Heheh penglaman betol lah . :))
Maaaf juga kerana tiada gambar . 

Kemudian kami ada aktiviti kembara halangan . Memang best lah . Yang soleha paling suka , panjat tembok . Lepas tu monkey swing . . wahhhh ~ soleha masuk dlm air kott .. Haha lawak btol bila d ingat kan balik .   Memang kenangan tak dpt di lupa kan . dalam kembara halangan nie kiteorg dapat no 1 . tok wirawati jer lah . Gembira sgt2 . Tp tak der pic nye plak . maaf . :)


Lepas aktiviti tu , kami ada lagi aktiviti yang menentu kan kami leh menang atw ta . Aktiviti tu d nama kan kawat kaki . Memang takut sangat lah bila pertandingan tu daa nak dekat . kami bertungkus lumus wat p'sediaan . kami semua main2 ketika wat latihan . Wirawati alpha dapat undian ke 2 utk wat kawat . Betapa tkt nye . sebelom mula kami semua b'doa supaya kawat kita orang berjalan dgn lancar . Dahh lah soleha dkt baris depan . berdebar2 rase nye . Dalam ati cakap "bila lah nak abis nie" . dah tkt sgt2 . bila daah abis kami tawakal jer lah . semua kompeni dah tunjuk kan kawad , ini adalah masa komandan memberi keputusan . wirawati alpha dapt tmpat p'tma . betapa gmbira nye kiteorg dan plantun t'bek bg wirawati pon alpha . ya Allah , kami gembira dan b'syukur sgt2 . kami ta sngke . Tp bg keseluruhan kami dpt tmpat k'2 . ta apa lah . :) yang pnting wirawati dah tnjuk kan yg t'bek kat cikgu ina .:)) 





Khidmat komuniti . Soleha dapt kumpulan 1 . Kami di tugas kan untuk mebersihkan kubur . Tempat nye b'dekatan juge dgn kem kami . Byk juga lah kat situ . pada mula nye sampai memang semak tempat nye . Lagi2 kami dapat kubur yang byk dgn tahi lembu . walau ape pon kami sabar dan membuat kerja dgn penuh ikhlas . Tapi yang paling sedih nye kami balik jalan kaki . Tak ada bas pon yang nak ambik kami . akhir nye kami bersyukur kerana ada bas dr kumpulan lain yang tumpng kan kami . :))
waterconfident .

kayak dan rakit .


Kami telah dibawa ker KUIS untuk melakukan aktiviti  kayak dan rakit . Time soleha di suruh wat water confident soleha tak takut . Bila masuk air dan d suruh berenang sendri crk cikgu dlm tasik , soleha daa tkt sgt . Sebab soleha tkt lemas dan tenggelam . Kemudian , klw kawan2 nak tau , soleha nangis . :)) Mane tak nye rase cm nak lemas kott . Lepas tu cikgu achik selamat kan soleha dan kawan soleha iaitu epah . Dia pon nangis gak sebab trauma dgn air . Kemudian soleha main kayak . pasangan soleha seorang bdk cina . Memang best bila dapt kayak samapai sesat ker tmpat orang men rakit . Hahaha Lepas tu soleha men rakit . Memang penat lah nak kayuh rakit tu rmai2 . Wiarawati2 memang bersemngat time b'rakit tu . Wirawati yg len smua wat sorakan . wahhh ~ penglman btol . ^_^


Aktiviti yg kami nanti2 kan ialah wirajaya . :)) betapa semngat nye kite org msuk dlm hutan . soleha igt jauh lah sgt hutan tu . Lama lah gak p'jlnan nye sampai nek bukit , lalu jln raye pas tu lalau parit . Nak tau ape jd ??? rupe2 nye kteorg g hutan dkt dgn kem jer . hutan dekat dgn Dorm wira . adoiii ~~ sajer jer jauh kan p'jlnan kite org . Dlm wirajaya kami ad aktvti pertolongn cemas . Tapi mlng nye kami tak tdo situ pon d sbb kan ada mslh yg tak dpt d elak kan . Kawan2 smua  fhm2 kan lah yer . :)) alpha m'dpt tmpt p'tme dlm p'tolongn cemas . gmbire sgt2 . :))









Aktiviti terakhir kami ialah kawat kaki penutup dan malam seribu kenangan . Memang hari yang mnyedih kan kerana esok nye hari terakhir kami di Kem PLKN Beranang . Time tu pula hujan lebat sampai kan kawad farmasi dan TTS tak di jalan kan . Kesian kat dia orang yang dah hari2 wat latihan . Memang byk kenagan di kem . Rase nye tak nak berpisah dgn kawan2 . Lagi2 kawan2 yang berada di Sabah & Sarawak . Kem PLKN memang tak dapat lupakan oleh kami . :(( 

Ini saja coretan yang soleha dapat cerita kan . soleha harap cerita soleha dapat menghiburkan hati kawan2 semua . Banyak betol soleha membebel kan . ahakz !! Kem PLKN Beranang Kumpulan 2 siri 8 2011 THE BEST !! ^_^
















Cinta PLKN . :)

Assalamualaikum kawan2 yang tersayang . 

Hari nie soleha rasa bosan lah pula . Lapar pon ada , letih pon ada gak . Maklum lah bulan puasa kan . Ha ! Soleha ada satu cerita . Best lah kott cerita nye nie . ehehe . Soleha nak cerita kisah perkenalan antara soleha dgn si dia . Kami kenal d PLKN . Sebab tu lah tajuk nye CINTA PLKN .^_^

Soleha nak mula kan cerita tau ! Hehe 
Masa tu pelatih2 di suruh berkumpul di hadapan lojistik untuk ambil baju yang di khas kan kat PLKN . Kawan2 mesti tau kan cam ner baju nye . :) Cikgu2 dekat situ panggil satu per satu wira tuk ambil kasut mengikut saiz yang mereka pakai . Soleha pon tengok lah wira2 yang ada kat situ .Mereka kan berbaris , so dapat lah tengok satu per satu . Haha bukan gatal tp nak cuci mate ilang kan bosan . :D 

Tak lama kemudian saya pandang seorang mamat nie pakai baju warna hijau . Dalam ati soleha cakap "hensem nye mmat nie . kemas jer orang nye." . Time 2 pula soleha dengar wirawati yang dduk kat depan soleha nie cakap "weyh , yang pkai bju ijau 2 nsem." cam 2 lah dia orang cakap . Soleha pon diam dan terus pandang tempat len . Dalam ati tak rasa pon nak kat mmat tu . Coz suke tengok cara dia jer . Tapi tak sangka pula , sejak pandang mmat tu soleha asyik ternampak muka dia jer . Dah lama2 tu soleha terminat lah pula kat dia . Mana tak nye , kejap soleha pandang , dia pon pandang soleha . Segan lah . Fall in love . :DD 

Keesokan ari nye cikgu2 bahagi kan kompeni . Dorm A dan B wira dan wirawati kompeni ALPHA , Dorm C dan D kompeni BRAVO , Dorm E dan F kompeni CHARLIE , Dorm G dan H kompeni DELTA . Itu lah kompeni yang telah d bahagi kan dengan cikgu . Kemudian cikgu suruh setiap kompeni membuat KKJ iaitu kontrak kata janji . Pelatih2 d kumpul kan mngikut kompeni yang telah d bahagi kan tu . Soleha ape lagi , terkejut lah . Nak tau kenapa ????? Hehehehe 

Soleha satu kompeni dgn dia ............. wahhhhh ~ suke nye dan malu nye . Soleha tengok dia melukis . Tugas dia melukis bendera alpha . Yang soleha pula cipta lagu untuk alpha . Time soleha tengok dia wat bndera tu kan , dia pandang kan jer . Soleha bkn perasan yang dia suke kat soleha tp segan bha . Mane tak nye , bila soleha nak pndang dia , dia pandang soleha . so shy :)) . Kdg2 time malam nk tdo soleha ckp ngn mmber yg soleha daa suke kat dia . Boleh jadi ta betol time nak tdo tu .

Soleha ringkas kan cerita lah . Panjang kalau nak cerita nie . ehehe . 
Pada satu malam tu , smua wira dan wirawati d kehendaki b'baris mngikut kompeni . Cikgu nak terang kan mcm mana nak wat p'sembahan KKJ dekat depan komandan . Bila dah abis terang kan tu , smua pelatih d bubar kan tuk makan malam . Tiba2 ada suara lelaki pnggil nama soleha . Soleha pandang lah dan terkejut beruk kottt . Mana tak nye , mmat tu panggil soleha . warrrggghhhh ! Dia datang jumpa soleha dengan kawan dia . Dia cakap ape tau dgn soleha . "nak mintak no hp boleh" . Soleha trs terdiam . :)) soleha cakap "hmm .. nak wat ape ? esok lah yer " . Dia ada cakap yang dia nak kawan dgn soleha . Pas tu kan , esok nye dia pegi tanya soleha mana no nye . Soleha pon byk bg alsan dan akhir nye soleha suruh mmber bg kan no soleha kat dia . 

Dalam beberapa ari , pelatih2 smua dapat hp . . Malam tu dia pon contck lah soleha time abis rokol . Soleha pon rase seronok lah mcj dgn dia . Time tu pon kawan soleha pon epy lah sebab soleha dpt kawan dgn admire sndri . ahakz ! Lagi pon selama soleha minat kat dia tu , soleha berdoa jika dia bkn jodoh ku jauh kan dr soleha dan jika ia jdoh ku dekat kan lah pada soleha . Tp alhmdulillah , doa soleha d makbul kan oleh tuhan . Bersyukur sangat2 . Dalam beberapa ari kemudian , lama lah gak soleha knal dia , esok nye nak balik umah cuti sem lah di kate kan , dia mtk couple dgn soleha . :)) Suke nye . tanggal 17 Jun 2011 kami couple   . Sampai lah sekarang 21 ogos 2011 genap 2 bulan 4 ari kami still lagi tetap bersama . Hbungan kami bahgia sampai ker ari ini . alhmdulillah . . Soleha mengharap kan yang terbaik dgn hbungn kami nie , insyaAllah .

Nie lah cerita celoteh tentang CINTA PLKN soleha . :)) nak tengok gambar kami dekat PLKN ta ? ehehe 
meh tengok bawah . . 





esok nye nak balik .

malam nak balik .
sehari sblom nak balik .