25 August 2011

Cemburu Tanda Sayang , Tapi Jangan Berlebihan !

Hai kawan2 semua . 
Jom terjah fakta di bawah nie . 
Best . Rugi tak baca tau . ^^
Baca bismillah dulu tau . Baru lah menusuk kat kalbu bila baca .
^_^

Dalam sesebuah perhubungan , tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan . Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan . 

Mengikut kajian pakar , hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama . Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan , setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami persaan diri yang sebenarnya .


Tip Cinta

Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain .  Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan yang berakhir lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman .

Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang . Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha . Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan .

Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu . Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada . Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas . Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan ? 
Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelebungi hidup . 

Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk megelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia . 

Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan , lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan . Jika jujur pada pasangan , sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga akhir hayat . 

Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan , sudah pasti kita juga akan setia padanya . Jika sayangkan seseorang , sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati . Jadi , apabila sentiasa mengingati pasangan , amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan . 

Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi , si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain . 

Apapun , jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri . Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu , sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia . 

Jangan sesekali memungkiri janji 
Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apbila ditipu .
Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara yang tepat .
Jika si dia dalam keadaan bermasalah , sentiasa menggembirakannya .
Andai anda jujur , si dia akan setia pada anda .
Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga ingin kebebasan .

No comments:

Post a Comment